
Namun, kali ini, tiada lagi kerana Malaysia antara negara yang dipilih sebagai lokasi terawal bagi pelancaran iPhone model XR yang akan mula dibuka untuk tempahan bermula 19 Oktober pada 3 petang.
iPhone XR yang dikeluarkan dalam 6 warna pilihan iaitu putih, hitam, biru, kuning, koral dan merah akan dijual secara rasmi pada harga bermula RM3,599 bagi iPhone XR 64GB; RM3,849 bagi iPhone XR 128GB dan RM4,299 bagi iPhone XR 256GB.
Menurut laporan beberapa portal gajet, iPhone XR adalah alternatif untuk iPhone XS dan XS Max dengan kadar harga yang lebih murah selain beroperasi menggunakan cip Apple A12 Bionic terkini.
Ia juga dilengkapi dengan Earpods dengan penyambung lightning, kabel penyambung lightning-USB, dan USB 5W adaptor kuasa.
iPhone XR mempunyai paparan 6.1 inci dalam HD, kamera sudut lebar 12 megapiksel (f / 1.8) dengan zoom digital 5x, kamera depan 7 megapiksel (f / 2.2), rakaman video 4K dan kunci ID dibuka.