
Dr Mahathir berkata undang-undang berkaitan seperti Akta Rahsia Rasmi, yang menyentuh soal kerahsiaan dokumen-dokumen kerajaan, perlu diteliti dalam penggubalan akta itu.
Beliau menambah kajian yang komprehensif dan holitik kerajaan itu turut melihat enakmen-enakmen kebebasan maklumat di peringkat negeri.
“Pada masa ini, terdapat 2 enakmen negeri mengenai kebebasan maklumat iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 (Enakmen 8) dan Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.
Lim bertanyakan sama ada pentadbiran Dr Mahathir bercadang menggubal undang-undang baharu seperti Akta Kebebasan Maklumat agar rakyat boleh mengakses maklumat tanpa perlu takut akan tindakan undang-undang.
Dr Mahathir berkata penggubalan akta itu melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara.
“Sesi libat urus akan turut melibatkan media dan NGO berkaitan,” katanya.