Agensi: Rusia tangguh penerbangan kargo ke stesen angkasa lepas

Agensi: Rusia tangguh penerbangan kargo ke stesen angkasa lepas

Misi pembekalan semula stesen berkenaan dijadualkan akhir Okt ini, tetapi kapal angkasa tanpa pemandu yang membawa perbekalan ke ISS terlibat kemalangan.

Semua pelancaran roket Soyuz digantung sehingga penyiasatan mengesahkan punca kejadian salah satu roketnya menghadapi masalah. (Gambar Reuters)
MOSCOW:
Rusia mungkin menangguhkan penghantaran kargo ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selepas kegagalan penerbangan kapal tanpa pemandu sebelum ini, kata Sergei Krikalev, pegawai kanan di agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos, hari ini.

Misi pembekalan semula stesen berkenaan dijadualkan pada akhir Okt ini, tetapi kapal angkasa lepas tanpa pemandu, Progress, yang membawa makanan dan perbekalan lain ke ISS – menggunakan sistem roket yang sama dengan kapal angkasa lepas Soyuz – terlibat dalam kemalangan semalam.

Krikalev, yang kenyataannya disiarkan oleh televisyen kerajaan, mengesahkan semua pelancaran roket Soyuz akan digantung sehingga penyiasatan mengesahkan punca kejadian apabila salah satu roketnya menghadapi masalah semasa berada di udara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.