Netizen tergamam lihat 3 budak lelaki selamatkan anjing dililit ular sawa

Netizen tergamam lihat 3 budak lelaki selamatkan anjing dililit ular sawa

Budak-budak berkenaan langsung tidak gentar dalam usaha mereka, di mana seorang budak cuba mengalihkan lilitan ekor ular manakala seorang lagi cuba menarik bahagian kepala ular.

Bila ia mengenai haiwan peliharaan dalam bahaya, tiada siapa yang sanggup bertoleransi atau melihat duduk diam, kecuali kita tiada pilihan. Apatah lagi pada masa kini, haiwan peliharaan dianggap sebagai sebahagian daripada anggota keluarga.

Mungkin itulah juga perasaan 3 budak lelaki yang berhempas pulas menyelamatkan anjing peliharaan mereka daripada disambar ular.

Satu video viral menunjukkan percubaan seeokor ular sawa yang sederhana besar memulas seekor anjing di hadapan kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun mereka tidak duduk diam, sebaliknya cuba menyerang ular sawa itu dengan menggunakan bahan sekeliling seperti kayu untuk memukul dan membaling dedaun kering ke arah ular itu.

Menariknya, budak-budak berkenaan langsung tidak gentar dalam usaha mereka, di mana seorang budak cuba mengalihkan lilitan ekor ular manakala seorang lagi cuba menarik bahagian kepala ular.

Budak ketiga pula membantu anjing daripada keluar dari lilitan ular sehingga ia bebas sepenuhnya.

Sememangnya detik-detik mencemaskan di muatnaik menggunakan aplikasi Tik Tok dengan muzik latar yang mendebarkan.

Bagaimanapun tidak pasti bila dan di mana video itu diambil namun tetapi dari percakapan budak-budak itu, netizen menyimpul ia dari Myanmar.

Netizen yang menonton video itu memuji usaha kanak-kanak lelaki tersebut atas keberanian mereka, petik Sing Tao Daily.

Anjing itu juga dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=52&v=Eg98J5Ic4R0

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.