Pasangan cerai California boleh tuntut hak jaga haiwan peliharaan

Pasangan cerai California boleh tuntut hak jaga haiwan peliharaan

Ia akan dilakukan sebagai melindungi kekejaman dan perlindungan kepada haiwan dengan bagi memastikan ia juga mendapat penjagaan yang lengkap.

Pada kebanyakan orang kehilangan haiwan peliharaan lebih menyakiti daripada kehilangan teman hidup, sehingga ia membawa kepada tekanan atau depressi.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang ahli terapi perceraian di California apabila mendapati pasangan yang berpisah lebih terkesan apabila mereka juga terpaksa berpisah daripada haiwan peliharaan kesayangan.

“Kata wanita itu, dia tidak sanggup berpisah dengan haiwan peliharaan, seekor kuda yang terpaksa dijual ekoran pembahagian harta daripada perceraian mereka.

“Di sini (California) haiwan peliharaan diklasifikasi sebagai harta komuniti seperti televisyen, perabot dan barangan lain dalam sesebuah rumah,” kata terapi itu.

Tetapi bermula 2019, akan ada akta baharu di California, yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar, Jerry Brown, membenarkan hak penjagaan oleh salah seorang atau kedua-dua pasangan pasca-perceraian.

Ia memberi hak yang sama seperti mana yang diberikan kepada waris atau anak pasangan perceraian.

Ia akan dilakukan sebagai melindungi kekejaman dan perlindungan kepada haiwan dengan bagi memastikan ia juga mendapat penjagaan yang lengkap.

Akta ini disambut baik kerana ia memberi peluang pemilik yang lebih berhak terus memelihara haiwan binatang, di mana kebanyakan juga menjaga haiwan peliharaan sebagai anak mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.