Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Dua perkara utama yang memberi impak kepada prestasi ringgit ialah harga minyak yang meningkat dan kadar faedah AS yang tinggi.

KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan harga minyak yang terus meningkat.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1350/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata 2 perkara utama yang akan memberi impak kepada prestasi ringgit adalah harga minyak yang meningkat dan kadar faedah AS yang tinggi.

“Walaupun harga minyak tinggi pada masa ini, pelabur masih berhati-hati dengan prestasi dolar AS dan kadar faedah yang tinggi oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$83.01 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0238/0293 daripada 3.0232/0263 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6320/6382 daripada 3.6472/6501.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7991/8065 daripada 4.7969/7007 pada Jumaat dan naik berbanding pound British kepada 5.3916/3999 daripada 5.3984/3044.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.