JPJ: Dua serah ‘lesen terbang’ di Kedah

JPJ: Dua serah ‘lesen terbang’ di Kedah

JPJ menggesa pemegang lesen terbang menyerahkan lesen mereka di mana-mana cawangan JPJ berhampiran sebelum tarikh akhir 12 Okt ini

Kementerian Pengangkutan mengesyaki 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak 2 tahun lalu susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Dua individu menyerahkan lesen terbang mereka kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah secara sukarela setakat ini, kata Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang memegang lesen terbang untuk berbuat demikian di mana-mana cawangan JPJ berhampiran sebelum tarikh akhir 12 Okt ini.

“Setakat ini, 2 individu telah serahkan lesen terbang mereka secara sukarela iaitu satu di Baling dan satu di Langkawi. Kita jangka jumlah tersebut akan meningkat pada saat akhir tempoh yang diberikan.

Dua kes ini dalam proses siasatan dan individu yang terlibat akan dipanggil sebagai saksi. Pihak JPJ juga mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti pemilik lesen terbang dan tangkapan akan dibuat selepas 12 Okt ini,” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ di sini hari ini.

Ismasuhaimi individu yang gagal menyerahkan lesen tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan mengesyaki kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak 2 tahun lalu susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook meminta pemegang lesen terbang tampil dan menyerahkan lesen mereka kepada Unit Integriti JPJ di seluruh negara dalam tempoh sebulan bermula 13 Sept lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.