70 juta peniaga di India dijangka mogok bantah Walmart-Flipkart

70 juta peniaga di India dijangka mogok bantah Walmart-Flipkart

Semua pasaran komersial di seluruh negara akan kekal ditutup dan tiada aktiviti komersial.

NEW DELHI:
Kira-kira 70 juta peniaga kecil dan sederhana, termasuk kedai dan pertubuhan akan menyertai mogok sehari di seluruh India pada Jumaat sebagai tanda membantah perjanjian Walmart-Flipkart dan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor peruncitan, lapor agensi berita China Xinhua.

Peniaga yang mogok itu termasuk kedai farmaseutikal.

Menurut kenyataan Konfederasi Semua Pedagang India (CAIT), peniaga akan mengadakan bantahan di pusat bandar New Delhi terhadap keputusan kerajaan pusat meluluskan perjanjian Walmart-Flipkart dan FDI dalam peruncitan.

Semua pasaran komersial di seluruh negara akan kekal ditutup dan tiada aktiviti komersial.

Kira-kira 70 juta perniagaan kecil dijangka mengambil bahagian dalam mogok itu, menurut kenyataan tersebut.

Januari lalu, kerajaan India membenarkan 100% FDI dalam peruncitan jenama tunggal di bawah laluan automatik dan turut mengurangkan norma penyumberan tempatan.

Peniaga turut menuntut ordinan segera daripada Kabinet terhadap tindakan menyita yang sedang dijalankan di Delhi, di mana kedai yang melanggar peraturan tempatan dan undang-udang kecil disita pegawai tempatan.

Kenyataan CAIT menyebut selain FDI, Delhi Trade Bandh turut memfokuskan isu penyitaan dan mendesak kerajaan menggubal ordinan untuk melindungi Delhi daripada tindakan menyita.

Ia turut menyatakan bantahan serupa akan dianjurkan di semua ibu negeri dan persatuan perniagaan di peringkat negeri akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri masing-masing.

Vikas Gera, pemilik kedai farmaseutikal di bandar Gurgugram, utara negeri Haryana berkata: “Ubat-ubatan hendaklah sentiasa dijual berdasarkan preskripsi doktor yang tepat…kami ingin membiarkan pengguna akhir menyedari amalan jualan secara online tidak seharusnya digalakkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.