“Di mana Najib” permainan video mengetuk kepala Najib

“Di mana Najib” permainan video mengetuk kepala Najib

Bagi setiap ketukan, 10 markah akan diberikan dan pengguna harus menggunakan masa 10 saat untuk memperoleh 100 markah bagi 'mencari' Najib.

Permainan video telefon pintar, “Where is Najib?” bakal didapati dalam App Store dan juga Google Play Store selepas suku keempat 2018.

Permainan video yang secara langsung melibatkan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak itu dibangunkan oleh sebuah syarikat Singapura Glassfire Games dengan menggunakan senario sebenar diri beliau.

Berbunyi sindir, permainan ini dijangka melibatkan dakwaan-dakwaan seperti skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penerimaan derma oleh individu tidak dikenali dipercayai dari Arab ke dalam akaun beliau dan lain-lain kes yang dikatakan menjadi inspirasi untuk permainan tersebut.

Digital News Asia memetik kenyataan Samantha De Silva dari Glassfire Games sebagai berkata, ia bukan sekadar permainan hiburan tetapi cara pihaknya menceritakan semula perkara yang berlaku

Permainan tersebut memerlukan pengguna mengetuk kepala watak Najib apabila ia mengeluarkan kepalanya.

Bagi setiap ketukan, 10 markah akan diberikan dan pengguna harus menggunakan masa 10 saat untuk memperoleh 100 markah bagi ‘mencari’ Najib.

Sebaik mencapai 100 markah, mereka diberikan beberapa jawapan sarkastik.

Pada awal tahun ini, ketika Najib masih dalam jawatan, beliau pernah menyokong permainan video atau e-sukan untuk diangkat sebagai industri baharu di negara ini ekoran popularitinya yang semakin meningkat dalam kalangan generasi millennial.

“Generasi saya mungkin tidak faham apa yang disukai sangat dengan permainan video ini, namun hal itu tidak semestinya kerajaan mengabaikan perkembangannya kerana kita tetap perlu mengadaptsi perkembangan digital,” katanya ketika merasmikan Malaysia Cyber Games 2018 awal tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.