
Katanya, ibu bapa memainkan peranan penting dengan tidak menyokong sekolah tahfiz tidak berdaftar demi menjamin keselamatan dan kebajikan anak mereka.
Beliau turut menggesa pusat tahfiz berdaftar dengan kerajaan bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan selepas akta baru dikuatkuasakan.
“Kita sedang menggubal undang-undang di peringkat negeri dan persekutuan. Pendaftaran tahfiz amat ditekankan agar penguatkuasaan boleh dibuat terhadap tahfiz yang berdaftar.
“Tetapi sebelum itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk tidak menyokong sekolah tahfiz yang tidak berdaftar,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian susulan seorang guru agama yang juga pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat 9 pelajarnya.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob dilaporkan berkata, suspek berusia 30 tahun itu disyaki meliwat mangsa berusia 11 hingga 16 tahun.