
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata tangkapan itu sekali gus menjadikan keseluruhan 14 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 50-an ditahan polis untuk membantu siasatan kes.
“Sepuluh lelaki ini ditahan di sekitar daerah Kuala Muda antara pukul 11 malam hingga 2 pagi tadi. Namun, seorang lelaki berumur lingkungan 50-an dibebaskan dengan jaminan polis atas sebab kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Adzli berkata 13 lelaki itu pula direman 3 hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh.
Semalam Adzli dalam laporan media dipetik sebagai berkata kekecohan itu berlaku antara 12 hingga 12.30 tengahari dengan seorang individu cedera pada bahagian kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.
Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop dalam satu sidang media malam tadi memaklumkan semua proses pengundian pemilihan PKR di Kedah dibatalkan atas faktor beberapa isu berbangkit, manakala pemilihan yang dijadualkan berlangsung di Perak dan Perlis hari ini ditangguhkan.