
Tiga anggota berpangkat kolonel, 2 leftenan kolonel, 6 major dan 3 kapten antara yang diarahkan ditahan dalam operasi dijalankan di ibu negara dan 15 wilayah. Kesemua yang ditahan masih dalam perkhidmatan aktif, menurut kenyataan itu lagi.
Pihak berkuasa Turki menjalankan operasi berterusan terhadap mereka yang didakwa menyokong Gulen berikutan rampasan kuasa yang gagal pada Julai 2016 dan mengakibatkan 250 kematian. Gulen menafikan penglibatan beliau.
Sekutu Turki dalam kalangan negara Barat mengkritik operasi penahanan itu yang kebanyakannya dijalankan di bawah undang-undang darurat yang diisytiharkan selepas cubaan rampasan kuasa tersebut dan terus berkuatkuasa sehingga Julai lepas.
Pengkritik Erdogan menuduh beliau menggunakan cubaan rampasan kuasa itu sebagai topeng untuk menekan suara pembangkang. Turki bagaimanapun berkata langkah itu perlu bagi memerangi ancaman terhadap keselamatan negara.