
Juri ANTMM6 mengumumkan Rubini sebagai peserta ke-6 tersingkir selepas memperoleh markah terendah dalam rancangan itu semalam.
Selain Rubini, turut berada di kedudukan terbawah ialah peserta Singapura, Han.
Apapun juri, Cindy Bishop yang juga merupakan pengacara ASNTM6, Yu Tsai selaku pengarah kreatif dan juri jemputan Maria Poonlertlarp, Miss Universe Thailand 2017 memutuskan untuk mengeluarkan nama Rubini sekaligus memadamkan impian rakyat Malaysia yang menaruh harapan besar ke atas peserta tersebut.

Rancangan yang berlangsung dalam FOXLife itu bagaimanapun dikecam kerana terus menyingkir peserta ‘berwajah Asia’ dan mengekalkan wajah Pan-Asia atau kacukan Inggeris.
Malah mereka mendakwa Rubini seolah lebih layak berbanding Han di laman Instagram rasmi ASNTM6.
Rubini yang berusia 26 tahun dengan ketinggian 176 cm juga menjadi peserta paling tua dalam kalangan semua peserta lain.
Gadis ini merupakan ratu cantik Miss Global International Malaysia 2014 yang banyak terlibat dalam dunia peragaan dan pengiklanan sebelum ini sebelum mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik.