
Menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, petani yang tanah meraka akan diambil alih kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut, mendakwa terdapat pelanggaran garis panduan berkaitan projek tersebut, lapor media tempatan.
Petani tersebut turut mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Gujarat.
“Mereka juga berharap Duta Jepun ke India memahami nasib petani,” kata peguam yang mewakili petani Anand Yagnik, lapor Xinhua.
Projek itu dilancarkan Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe pada September tahun lepas.
Projek kereta api berkelajuan tinggi pertama di India itu akan menghubungkan bandar raya Ahmedabad di Gujarat dengan bandar kewangan Mumbai.