Rambut beruban, bukan sebahagian proses penuaan

Rambut beruban, bukan sebahagian proses penuaan

Apabila penghasilan sel pigmen dihentikan, rambut mula beruban kerana pigmentasi yang memberi warna kepada rambut.

Rambut beruban adalah perkara biasa dan semula jadi yang berlaku kepada semua, namun menurut seorang pakar ia bukan sebahagian daripada proses penuaan.

Sebaliknya, ia menunjukkan tubuh berhenti menghasilkan sel-sel pigmen.

Trikologis dari Philip Kingsley Trichological Clinic, Anabel Kingsley berkata, uban hanya muncul apabila penghasilan sel pigmen dihentikan kerana pigmentasi yang memberi warna kepada rambut.

Maka kegagalan menghasilkannya akan meninggalkan rambut tanpa warna yakni putih atau beruban.

“Sebenarnya rambut bukan beruban, ia hanya tidak berpigmen atau tidak berwarna,” ujar Kingsley kepada majalah Cosmopolitan.

Kehilangan melanin kerana kegagalan fungsi pigmentasi disebabkan pelbagai faktor.

Kalau anda rasa anda masih muda tetapi sudah beruban, ia mungkin disebabkan genetik, cuba tanya ibu bapa anda jika mereka turut alami perkara sama.

Selain itu, tekanan dan masalah emosional juga boleh mengganggu fungsi pigmentasi dan penghasilan melanin.

Menurut Kingsley lagi, kekurangan vitamin B menyebabkan rambut akan lebih cepat beruban dari biasa.

Tetapi jangan risau, kita ada banyak cara untuk merawat rambut uban anda.

1. Mewarnai rambut

Jangan cabut rambut uban kerana ia akan hanya merosakkan folikel rambut. Sebaliknya cuba mewarnanya. Jangan ketinggalan melakukan rawatan susulan supaya rambut terus lembab dan terpelihara.

2. Warna highlight pada rambut

Highlight juga salah satu opsyen yang baik anda boleh cuba. Pastikan warna highlight yang dipilih sesuai dengan anda. Sebenarnya sekarang ada trend ‘salt and pepper’ di mana rambut beruban juga menjadi sebahagian daripada fesyen.

3. Gunakan syampu dan perapi

Rawatan rambut dari akar hingga ke hujung rambut adalah penting bagi rambut yang kering atau bermasalah. Jadi jangan ketinggalan untuk bersyampu dan menggunakan perapi walaupun rambut beruban. Lindungi rambut daripada sinaran matahari. “Jika lebih dari 50% rambut tidak berpigmen, ia lebih mudah rosak akibat panas matahari,” ujar Kingsley.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.