
Video seorang pengedar piza dari Domino’s Pizza bertungkus lumus menyelamatkan diri dan motosikalnya di tengah-tengah jalan raya ketika dilanda puting beliung di Jepun viral di laman sosial.
Ini kerana bukan sahaja lelaki itu cuba menyelamatkan dirinya malah harta syarikatnya iaitu motosikal yang digunakan untuk mengedar piza pada hari bencana alam yang agak buruk.
Puting beliung yang melanda Jepun sejak 4 September direkodkan sebagai antara yang terburuk sejak 25 tahun, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang selain puluhan dan ratusan yang masih belum dikesan.
Puting beliung yang dinamakan sebagai Jebi menimpa Ehime, Hyogo, Kagawa, Kyoto, Nara, Osaka dan Wakayama dengan kekuatan angin berkelajuan 216 km sejam.
Puting beliung itu juga menyebabkan kemudahan seperti lapangan terbang, jambatan dinaiki air manakala kenderaan disapu, elektrik terputus dan bangunan runtuh.
Sungguhpun di tengah-tengah huru-hara angin kencang, pengedar piza tetap menjalankan tanggung jawab untuk menghantar makanan itu.
Dia dilihat membawa bersama motosikalnya untuk berteduh di bawah sebuah bangunan sementara angin puting beliung reda.
Warga Jepun khususnya netizen yang memuji lelaki tersebut dalam masa sama menyalahkan syarikat Domino’s kerana menghantar pekerjanya mengedar piza pada cuaca bahaya.
Ada juga yang mengecam tindakan pelanggan yang memesan piza di saat genting sebagai sama-sama kejam.
さすがにこの台風での配達は無謀です。@dominos_JP pic.twitter.com/x1YOCnoKWp
— キタケン(89.2) (@pur305) September 4, 2018