
Sejak kebelakangan ini konsep dan idea di sebalik rekaan fesyen semakin unik dan baharu.
Tidak ketinggalan juga dengan rekaan yang ‘bosan’ yang menggunakan barangan sehari-harian, contohnya menggunakan inspirasi daripada beg Ikea, beg plastik pasar malam, seluar sarung dan sebagainya.
Terbaru, jenama aksesori yang terkemuka, dari Sepanyol, Loewe memperkenalkan rekaan beg silang terbaru menggunakan rekaan unik iaitu berbentuk gajah.

Bentuk gajah yang kelihatan jelas pada beg tangan itu dengan cuping telinga yang lebar dan belalai yang panjang di depan turut ditenun ialah angka ’22’ yang diinspirasi daripada pasukan olahraga Amerika Syarikat untuk beg silang edisi terhad.
Zip bagi beg silang gajah Loewe di letak di bahagian atas di tengah dan di kedua-dua penghujung pula berkancing untuk tali.
Beg tangan yang diperbuat menggunakan bahan premium merupakan koleksi Luruh/ Sejuk Loewe 2018 dijual pada harga sekitar RM5,700.