Kopi, selamat untuk kanak-kanak?

Kopi, selamat untuk kanak-kanak?

Terlalu banyak kafein kopi menyebabkan masalah insomnia, gementar, perut berasid, sakit kepala, kesukaran memberi tumpuan dan meningkatkan denyutan jantung.

Semua orang sibuk bercakap mengenai kesan kopi dalam kalangan orang dewasa, jadi bagaimana dengan kanak-kanak?

Adakah kanak-kanak juga berdepan dengan risiko kesihatan sekiranya mengamalkan minuman kopi ekoran kandungan kafein yang tinggi?

Pemerhatian FMT Ohsem di sekitar rangkaian kafe dan restoran mendapati masih ada sebilangan kecil kanak-kanak yang meminati minuman itu, termasuk yang dipilih atas nama-nama seperti cappucino, mocha dan latte. Kopi sejuk berais atau ais kisar didapati menjadi pilihan anak muda ini.

Lazimnya, minuman ini cenderung lebih manis dan didatangkan dalam pelbagai perisa menyebabkan kanak-kanak menyukainya dan ada yang ketagih.

Pakar dan ahli organisasi Better Sleep Council, Terry Cralle berkata pihaknya belum menjalankan sebarang kajian mendalam mengenai kesan kopi kepada kanak-kanak, namun percaya kandungan kafein berpotensi mempengaruhi perkembangan otak pada anak-anak atau remaja.

Menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP), lebih dari 70% kanak-kanak di negara itu mengambil kopi berkafein setiap hari. Ini merungkai kanak-kanak yang mengambil kopi atau minuman ringan 2 kali berisiko mengalami gangguan tidur.

AAP mengetatkan agar kanak-kanak langsung tidak diberi kopi sepanjang mereka membesar kerana khuatir kesannya kepada perkembangan otak.

Terlalu banyak kafein kopi menyebabkan masalah insomnia, gementar, perut berasid, sakit kepala, kesukaran memberi tumpuan dan meningkatkan denyutan jantung.

Bayangkan kesannya pada kanak-kanak, amaun yang kecil sudah cukup untuk memberi kesan tersebut.

Menurut Healthline, kafein dalam kopi juga boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan kalsium yang memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan kesihatan tulang.

Bukan itu sahaja, apabila kopi ditambah dengan krimer dan gula maka ia menjadi minuman berkalori tinggi dan memberi kesan kepada kenaikan berat badan serta kaviti.

Namun, ada pakar yang tidak terlalu risau terhadap amalan pengambilan kopi apatah dibandingkan dengan minuman ringan lain yang lebih berbahaya. Minuman bersoda, misalnya lebih manis dan kopi pula sangat pahit.

“Saya tidak menghalang pengambilan kopi oleh kanak-kanak,” kata pakar nutrisi yang juga ibu kepada 5 orang anak, Kristin Koskinen.

“Terus terang, rasa pahit lazimnya menjauhkan kanak-kanak atau membataskan pengambilannya,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.