Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ diperbaharui sempena Malaysia Baru

Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ diperbaharui sempena Malaysia Baru

Lagu 'Tanah Airku Tanah Airmu Jua' diserasikan dengan pancaragam yang memberikan suasana persembahan segar apatah lagi apabila dapat berpadu tenaga dengan Amy Search.

Selepas 5 tahun, lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ diperkenalkan, kini ia diberi sentuhan dan nafas baharu, sempena tertubuhnya Malaysia Baru.

Kalau dulu, pada 2013, monologue ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ menampilkan Datuk Siti Nurhaliza bersama Mat Lela kini mandat tersebut diberikan kepada Raja Rock, Amy Search dan barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka dari Malay College Kuala Kangsar agar persembahannya lebih ‘garang’ dan mantap.

Menerusi rangakian ini tertubuhlah #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka yang diasaskan sempena Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia.

“Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu Jua’ diserasikan dengan pancaragam yang memberikan suasana persembahan segar apatah lagi apabila dapat berpadu tenaga dengan Amy Search”, ujar Mat Lela dalam satu kenyataan media.

Manakala Amy Search pula menganggap peluang ini sebagai satu percubaan yang berbaloi.

Mat Lela, Rock Amy Search dan kumpulan pancaragam Malay College Kuala Kangsar memilih untuk merakam dan memainkan lagu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak melupakan asal-usul dan sejarah tanahair ini meskipun sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke hadapan demi mencapai taraf yang disegani dunia.

Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka ini dikatakan akan membawa erti simbolik kepada kelangsungan usaha anak bangsa dalam mengorak langkah.

Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ boleh dilayari di YouTube saluran cataloQue dan di semua gedung digital seperti Spotify, Apple Music dan sebagainya.

Dalam kenyataan yang sama, Mat Lela menyeru supaya rakyat Malaysia memerdekakan diri daripada rasa malu untuk berbahasa dan bebaskan diri dari hidup kepura-puraan.

“Pura-pura menjadi Mat Salleh atau Arab ataupun sesiapa yang bukan diri kita yang sebenar. Selamat Hari Merdeka!” ucapnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.