Teh tarik kurang manis perisa kondom terbaru

Teh tarik kurang manis perisa kondom terbaru

Kondom Super Sensitive™ Teh Tarik Kurang Manis ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan pembungkusan kreatif.

Gambar Instagram/ Twitter

Teh tarik antara minuman yang menjadi pilihan serata rakyat Malaysia. Malah ia juga dikatakan minuman “perpaduan” apabila kita sering melihat sekumpulan rakan pelbagai bangsa duduk semeja mengenakan ‘teh tarik’ di kedai mamak.

Kini, teh tarik itu bukan sahaja menjadi minuman “perpaduan” tetapi perasanya digunakan untuk menjadi perisa “keintiman” sesama pasangan. Ini kerana sebuah syarikat pembuatan kondom memperkenalkan produk tersebut dengan perisa teh tarik!

Kondom perisa teh tarik edisi terhad, Super Sensitive™ Teh Tarik Kurang Manis ini dikatakan beraroma teh susu dengan jaminan menjadikan kegunaan yang memuaskan, menurut laman portal One’s Condom.

Produk Super Sensitive™ Teh Tarik Kurang Manis ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan pembungkusan kreatif dijual pada harga RM8.40.

Gambar: Instagram/ Twitter

Sebelum ini, syarikat yang sama juga memperkenalkan kondom perisa durian dan nasi lemak yang didatangkan dalam pelbagai pilihan.

Kita tunggu pula inovasi perisa kondom yang akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Gambar: Instagram/ Twitter

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.