
Bukan itu sahaja, filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang mengisahkan Ustaz Adam sebagai pendakwah dan pengamal perubatan Islam juga menarik perhatian pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim yang tampil berkongsi mengenai filem tersebut dalam laman sosialnya.

Menurutnya filem ini wajib berjaya kerana elemen dakwah yang menjadi intipati utamanya.
“Filem ini wajib berjaya. Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan..,” tulisnya dalam Instagram turut memetik agar kita tidak menggelar orang lain dengan gelaran “penunggang kuda”.
Sebelum ini PU Amin terlibat dalam banyak kontroversi kerana selalu menegur selebriti dan usahawan terkenal kerana mencemarkan imej Islam.
Beberapa kali, dakwahnya di laman sosial dipadam dan akaunnya disekat, namun PU Amin terus menyambung dakwahnya dalam laman sosial miliknya.
Dalam satu lagi laporan berbeza, Syamsul yang juga anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam dikatakan sudah bersedia untuk menghasilkan Munafik 3 dan dijangka akan disediakan dalam masa 2 tahun akan datang.
Filem Munafik pertama memperoleh jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM17.04 juta 2 tahun lalu.
Filem Munafik 2 dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta ditayangkan di 147 buah pawagam seluruh tanah air bermula 30 Ogos lalu.