Kenapa berteman dengan blogger sesuatu yang istimewa?

Kenapa berteman dengan blogger sesuatu yang istimewa?

Seorang blogger mempunyai pengetahuan yang meluas kerana lazimnya mereka rajin membaca dan mengkaji sesuatu bidang secara mendalam.

Bukan semua orang di dunia berminat menulis dan bukan semua orang di dunia ini mempunyai blog. Pada masa kini, amat sukar untuk mencari orang yang mempunyai hobi menulis blog atau bergelar seorang blogger.

Dengan kewujudan media sosial seperti Facebook dan Twitter, minat untuk menjadi seorang blogger semakin berkurangan. Blogger semakin sukar dijumpai dalam masyarakat kita pada hari ini.

Blogger sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Justeru, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang mempunyai hobi menulis blog, anda semangnya beruntung, apatah lagi untuk dijadikan teman hidup.

Nak tahu sebabnya, baca di bawah:

Blogger biasanya seorang yang setia

Seorang blogger mempunyai hobi suka menulis, menghadap komputer, dan membuat carian di internet. Banyak masa mereka digunakan untuk mencari bahan atau idea untuk menulis dan mengemaskini blog mereka. Mereka tidak banyak menghabiskan masa mereka di luar rumah. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka berlaku curang itu amat rendah.

Blogger biasanya sangat memahami pasangan mereka

Oleh kerana blogger ini banyak membuat carian di internet (membaca) bagi mendapatkan idea untuk menulis (mengemaskini) blog mereka, jadi mereka sangat memahami pasangan mereka. Hal ini kerana, mereka tahu apa yang suami/isteri mereka perlu, ingin dan rasa memandangkan mereka banyak membaca apa yang lelaki/wanita lain tulis di blog yang mereka temui.

Blogger biasanya seorang yang bijak

Memandangkan blogger adalah seorang yang banyak membaca maka mereka mempunyai banyak maklumat. Jika ada sebarang masalah, mereka akan segera mencari jawapannya di internet. Begitu juga jika mereka tidak mengetahui mengenai sesuatu perkara, mereka pasti akan membuat carian di internet.

Blogger biasanya seorang yang terbuka

Seorang blogger sangat terbuka dengan pasangan mereka. Mereka bukanlah seorang yang mudah merajuk atau mudah memendam rasa. Hal ini kerana, seorang blogger memang dilatih untuk meluahkan apa yang terpendam atau terbuku di hati dan minda mereka. Oleh itu, jika mereka tidak berpuas hati akan sesuatu perkara, mereka akan terus meluahkannya sama ada secara berdepan atau melalui penulisan. Mereka juga terbuka untuk menerima pandangan dan boleh menjadi tempat pasangan mereka meluahkan masalah.

Blogger biasanya pandai menguruskan rumahtangga

Seorang blogger memang pandai menguruskan rumahtangga. Jika blogger itu seorang isteri, maka mereka pasti pandai memasak makanan yang enak kerana mereka banyak membaca blog-blog yang menulis berkenaan resipi yang enak. Memandangkan seorang blogger banyak membuat carian di internet, maka banyak perkara yang berkaitan rumahtangga dapat ditimba dan diuruskan dengan sempurna. Jika mereka tidak tahu akan sesuatu perkara, mereka pasti akan merujuk internet.

Itulah adalah antara sebab anda dianggap bertuah jika mempunyai teman hidup daripada kalangn seorang blogger.

Bagaimanapun apa yang ditulis ini hanyalah pendapat kami sahaja. Kami pasti anda juga mempunyai pendapat yang lain. Apapun, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang merupakan seorang blogger, jangan tinggalkan mereka.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.