
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata pengambilalihan itu membolehkan ia beroperasi dengan tahap perbelanjaan kos operasi yang munasabah.
“Di mana ianya sekaligus dapat memastikan kadar tarif air yang tidak membebankan rakyat di negeri beta ini,” katanya semasa berucap pada Istiadat Perasmian Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata proses pengambilalihan SPLASH yang sudah lama tertangguh akhirnya selesai apabila syarikat konsesi itu secara prinsipal bersetuju menerima nilai tawaran pengambilalihan syarikat itu oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berjumlah RM2.55 bilion.
Amirudin berkata, nilai tawaran untuk mengambil alih syarikat konsesi itu dicapai berikutan rundingan selama hampir setahun yang berlangsung antara pihak Air Selangor dan Splash Holdings.
Sultan Sharafuddin berkata, penstrukturan itu juga membolehkan Air Selangor muncul sebagai syarikat tunggal yang memproses, merawat dan mengagihkan air terawat kepada seluruh pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam perkembangan lain, Sultan Sharafuddin mendoakan agar persidangan DUN kali ini akan lebih bersifat kesetiaan kepada negeri, patriotik, harmoni dan memupuk semangat muafakat di kalangan Adun tanpa mengira bangsa dan agama.
“Janganlah sesekali mengamalkan politik sempit dengan penuh kebencian, fitnah serta menimbulkan salah faham di antara satu sama lain.”