Kawalan panel solar China tamat minggu depan, kata EU

Kawalan panel solar China tamat minggu depan, kata EU

Kesatuan Eropah mengenakan langkah anti-lambakan dan anti-subsidi ke panel solar China pada 2013.

BRUSSELS:
Suruhanjaya Eropah hari ini mengesahkan langkah-langkah kawalan ke atas penjualan panel solar China akan tamat mulai minggu depan.

Suruhanjaya yang menyelaraskan dasar perdagangan Kesatuan Eropah (EU) dalam kenyataan berkata langkah itu akan luput pada tengah malam 3 September.

EU pertama kali mengenakan langkah-langkah anti-lambakan dan anti-subsidi ke atas panel, wafer dan sel solar China pada 2013 dan melanjutkannya pada Mac 2017 selama 18 bulan, menandakan ia akan ditamatkan selepas itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.