Polis: Panggilan bom ke Sri Pentas palsu

Polis: Panggilan bom ke Sri Pentas palsu

Ketua Polis Petaling Jaya Mohd Zani Che Din berkata polis menerima panggilan mengenai ancaman bom pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Free Malaysia Today
Polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada objek mencurigakan ditemui. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan malam tadi susulan panggilan ancaman bom, namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zani berkata kesemua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.