
“Fokus harus diberikan kepada perkara yang sangat diperlukan, ketika usaha memastikan keadaan di Myanmar sesuai untuk mereka (pelarian) kembali.
“Kebanyakan pelarian yang ditemui mempertimbangkan untuk kembali ke Myanmar, tetapi ketakutan dan kebimbangan masih menghantui,” kata pelakon kelahiran Australia itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).
Beliau yang melawat pelarian Rohingya di Bangladesh, Mac lalu, berkata tidak adil apabila hak bebas bergerak, berkahwin, bekerja, mendapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan sempurna dinafikan sama sekali.
Pada masa ini, kira-kira 900,000 pelarian Rohingya berlindung di kem sementara di Bangladesh. Seramai 700,000 penduduk melarikan diri dari Myanmar sejak 12 bulan lalu.
“Apa yang mereka ingin bukanlah kemewahan, tetapi hanya mendapatkan hak kerakyatan sepenuhnya. Ia adalah hak asas yang kita semua patut nikmati, tetapi tidak diperolehi penduduk Rohingya.”