
“Itu dakwaan, saya pun boleh buat dakwaan. Saya banyak melakukan korban di banyak tempat di Thailand setiap tahun, secara peribadi.
“Kali ini diiringi pihak tentera,” katanya pada sidang media hari ini.
Dia mengulas laporan mengatakan dia menyertai satu acara korban di satu markas Syiah di selatan Thailand.
Sementara itu, mengulas tentang 3 kakitangan tentera yang didakwa berkhidmat untuk bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Mohamad berkata mereka bertiga itu sudah kembali bertugas tetapi dalam siasatan.
Rahim Noor pilihan tepat
Sementara itu, Mohamad mempertahankan pelantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai perunding untuk rundingan damai di selatan Thailand, mengatakan Rahim pilihan tepat berdasarkan kebolehan dan pengalaman.
Mohamad berkata Rahim ditugaskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan rundingan dengan komunis di Hatyai pada 1989 dan berjaya mendapatkan perjanjian secara aman.
“Jadi dia tahu selok belok perkembangan di selatan Thai, maka diberi tugas itu,” katanya.
Pelantikan Rahim mengundang reaksi daripada pelbagai pihak, terutama Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar.
Rahim, sebagai ketua polis negara pada 1998, menyerang bapa Nurul, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau ditahan atas beberapa tuduhan.
Putrajaya membantu membawa keamanan ke selatan Thailand dan menganjurkan beberapa siri rundingan antara panel perunding Thailand dan Majlis Syura Patani yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan negara itu.