Ismail Bakar dilantik ketua setiausaha negara baru

Ismail Bakar dilantik ketua setiausaha negara baru

Beliau akan menggantikan Ali Hamsa yang memegang jawatan itu sejak 2012.

Free Malaysia Today
Ismail Bakar dilantik sebagai ketua setiausaha perbendaharaan pada 12 Jun lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai ketua setiausaha negara yang baru, berkuat kuasa esok.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok.

Ismail sebelum ini memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebelum dilantik sebagai ketua setiausaha perbendaharaan pada 12 Jun lalu.

Pada 17 Ogos lalu, sumber daripada Jabatan Perkhidmatan Awam memberitahu FMT, Ali dijangka bersara 29 Ogos ini, selepas memegang jawatan itu selama 6 tahun.

Katanya, kontrak Ali tidak akan diperbaharui, walaupun ada beberapa pihak berharap kontraknya akan dilanjutkan.

Ali, 63, dilantik sebagai ketua setiausaha negara pada 2012. Beliau antara penjawat awam tertinggi yang dikekalkan kerajaan baru selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Kumpulan bekas penjawat awam, G25, baru-baru ini menggesa Ali berundur susulan kritikan beberapa pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, beliau mewarisi kerajaan dengan pegawai tertingginya rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.