Wee bertanding presiden MCA

Wee bertanding presiden MCA

Satu-satunya pemimpin MCA yang menang kerusi Parlimen 9 Mei lepas berkata banyak bahagian parti menggesa beliau bertanding jawatan itu.

Free Malaysia Today
Gambar Bernama.
PETALING JAYA:
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan dia akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Wee, satu-satunya pemimpin MCA yang menang kerusi Parlimen pada pilihan raya Mei lepas berkata banyak bahagian parti menggesa beliau bertanding jawatan itu.

“Memandangkan penyandang Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak mahu dipilih semula, saya rasa bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan MCA sebagai Ahli Parlimen tunggal,” kata Wee.

Beliau adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam pentadbiran lepas.

Liow memegang jawatan presiden sejak terpilih pada 2013.

Wee belum mahu mendedahkan butiran lanjut, dan menggesa parti tumpu ada pilihan raya kecil Balakong.

Selain kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor, MCA menang 2 kerusi DUN iaitu Titi Tinggi di Perlis dan Cheka di Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.