
Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas menteri wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.
“Beliau (Wan Asshima) menuduh menteri wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya, tetapi (video itu) telah dipadam.
“Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat,” kata Zulhazmi ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat polis Dang Wangi hari ini.