Penyanyi hip hop reka baju guna jenama 1957

Penyanyi hip hop reka baju guna jenama 1957

Kesemua baju yang dihasilkan di bawah jenama 1957 menggunakan warna Jalur Gemilang.

Menggunakan tahun keramat bagi Malaysia, 1957 dan warna Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia, kini terhasil sebuah jenama dan produk fesyen.

Menariknya mengenai fesyen ini, ia bukan dicetuskan oleh pereka atau pengaya sebaliknya merupakan kerjasama antara penyanyi hip hop tersohor negara, Jow Flizzow dan platform jualan dalam talian, Fashion Vallet.

Kedua-dua pihak ini buat pertama kali menjalin kerjasama dalam menghasilkan sebuah kolaborasi fesyen dengan mengambil kira sambutan Hari Kebangsaan ke-61 pada 31 Ogos ini.

Jow Flizzow dikatakan melakar dan mereka sendiri baju-baju tersebut menggunakan ideanya sendiri bagi semua produk pakaian tersebut.

Produk jenama 1957 membariskan pakaian riadah dan sukan seperti jaket berhud, sweater, singlet, seluar jogging dan tshirt dari warna Jalur Gemilang, merah, putih, kuning dan biru.

Menurut laman web Fashion Vallet, koleksi pakaian itu sesuai untuk kegunaan kedua-dua jantina, wanita dan lelaki dan boleh didapati dari saiz S hingga XXL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.