Kami mahu tahu cerita sebenar 1MDB, kata Khairy

Kami mahu tahu cerita sebenar 1MDB, kata Khairy

Ahli parlimen Rembau itu menegaskan bukan hanya rakyat, BN dan Umno juga mahu memastikan skandal itu diselesaikan sepenuhnya.

Free Malaysia Today
Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengetahui beberapa perkara dan ada juga perkara dirahsiakan.
KUALA LUMPUR:
Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cerita sebenar 1MDB perlu diketahui dan beliau menyokong perkara itu disiasat semula ketua uudit negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau menegaskan bukan sahaja rakyat mahu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB, malah Barisan Nasional (BN) dan Umno juga mahu memastikan ia diselesaikan sepenuhnya.

“Umno dan BN tak mahu lagi memikul ‘biawak hidup’ ini… kes 1MDB ini harus diselesaikan. Kami (Umno dan BN) mahu kebenaran dan cerita sebenar mengenai 1MDB.

“Saya sebagai bekas anggota Kabinet kerajaan terdahulu (BN)… tidak mengetahui beberapa perkara dan ada juga perkara dirahsiakan daripada pengetahuan kami semua,” katanya.

Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan kedai menjual pelbagai produk dan barangan hasil ciptaan usahawan tempatan hari ini.

Beliau mengulas langkah Dewan Rakyat semalam meluluskan usul agar ketua audit negara dan PAC menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat berkaitan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.