Anwar nafi tak sependapat dengan Dr M

Anwar nafi tak sependapat dengan Dr M

Anwar berkata beliau dan Dr Mahathir berjuang bersama-sama dalam tempoh yang lama dan mengakui ada pasukan yang mahu mencetuskan isu antara mereka.

Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim berkata beliau tidak sabar kembali ke Dewan Rakyat dan menawarkan diri untuk pembaharuan Parlimen.
PETALING JAYA:
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan beliau tidak sependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengatakan mereka berpengalaman menghadapi spekulasi media yang negatif.

“Saya tidak boleh menafikan ada pasukan yang mahu mencetuskan isu antara kami, tapi kami matang.

“Kami bersama-sama cukup lama. Kita berjuang bersama-sama,” katanya pada sidang medianya selepas mengadakan pertemuan dengan budayawan di ibu pejabatnya, hari ini.

Anwar turut menafikan dakwaan beliau tidak sabar-sabar mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir.

Katanya, pada tahun 1990-an, beliau juga dispekulasi akan menjadi perdana menteri ke-5.

“Itu 20 tahun lalu. Saya rasa saya mesti sangat sabar, ianya bukan satu isu.”

Bekas menteri pendidikan itu juga berkata beliau tidak sabar kembali ke Dewan Rakyat dan menawarkan diri untuk pembaharuan Parlimen manakala Dr Mahathir terus memimpin kerajaan.

“Sekiranya saya membuat keputusan untuk menyertai Parlimen, bagi saya bekerja di bawah pembaharuan Parlimen dan perdana menteri boleh memimpin hal ehwal negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.