Jepun bakal lancar mesin jahit dikawal telefon pintar

Jepun bakal lancar mesin jahit dikawal telefon pintar

J521, yang bersaiz kecil, boleh melakukan sulaman sehingga 102 millimeter persegi dan tidak boleh menjahit garisan lurus.

Free Malaysia Today
Jualan tahun pertama J521 dianggarkan sebanyak 1,500 unit. (Gambar Youtube)
TOKYO:
Janome Sewing Machine Co of Japan pada Rabu berkata ia bakal melancarkan mesin jahit sulaman yang boleh dikendali dari jauh menggunakan telefon pintar dan tablet pada 27 Ogos, lapor Jiji Press.

Ia akan menjadi mesin jahit pertama di dunia yang boleh dikawal oleh telefon pintar, kata syarikat itu yang berpangkalan di Hachioji di barat Tokyo.

J521, yang bersaiz kecil, boleh melakukan sulaman sehingga 102 millimeter persegi dan tidak boleh menjahit garisan lurus.

Menggunakan satu aplikasi khas yang dinamakan “dot customizer,” pengguna boleh memilih sulaman daripada sejumlah 260 rekaan dan saiz yang mereka inginkan.

Mesin jahit itu juga boleh menyulam huruf.

Ia boleh didapati di semua kedai barangan elektrik utama di seluruh negara.

Jualan tahun pertama dianggarkan sebanyak 1,500 unit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.