
Beliau berkata, peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya.
“Sebelum ini, pengerusi SPAD juga diberi elaun besar, iaitu mencecah RM25,000 hingga RM30,000 setiap bulan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.
RUU membubarkan SPAD yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) diluluskan sebulat suara, selepas dibaca kali ke-3 di depan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.
Sementara itu, Loke memberi jaminan kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD, termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan terlibat.
Jelasnya, terdapat 999 kakitangan suruhanjaya itu secara keseluruhan merangkumi kakitangan tetap, kontrak, selain pekerja dilantik di bawah anak syarikat SPAD, iaitu SPAD Pro Berhad.
“Kebanyakan mereka akan diserapkan ke bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tapi bukan semua kakitangan itu adalah kakitangan penguatkuasaan.
“Kebanyakannya dalam JPJ kita perlukan bahagian penguatkuasaan, maka sesiapa yang terlibat dalam penguatkuasaan di SPAD, mereka akan diserapkan dalam JPJ tertakluk kepada kelayakan mereka.”
Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.