
Wakil rakyat berusia 22 tahun itu menyifatkan dakwaan berkenaan sekadar khabar angin.
“Itu tidak benar dan saya tidak boleh ulas perkara yang tidak betul.
“Mereka suka sangat kepada saya, mungkin sebab itu mereka buat cerita ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Desas-desus tersebar di media sosial mendakwa beliau dibayar sejumlah wang demi memastikan Anwar yang baru menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, Ahad lalu, boleh memasuki Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri ke-8.
Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong menyuarakan kesediaan melepaskan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar, selepas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah enggan melepaskan kerusi Parlimen Pandan serta Permatang Pauh.