
“Saya bermula semalam, 1 haribulan dilantik sebagai setiausaha sulit di bawah Menteri PDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution,” katanya kepada FMT hari ini.
Hisomuddin turut mengasaskan Ilham Centre yang merupakan badan pemikir banyak melakukan analisis dan kajian ke atas dasar awam serta isu politik, khasnya sepanjang pilihan raya umum ke-14 lalu.
Ilham Centre dalam satu kenyataan kepada FMT berkata, Pengarah Operasi Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal dilantik sebagai pemangku pengarah eksekutif bagi menggantikan Hisomuddin.
“Ilham Centre menerima dengan berat hati keputusan yang dibuat oleh Hisomuddin untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak syarikat ini ditubuhkan pada 2006.
“Ilham Centre dengan ini mengumumkan pelantikan Mohd Azlan Zainal sebagai pemangku pengarah eksekutif berkuatkuasa 1 Ogos 2018.”