Pukul wanita ketika mabuk, 3 individu ditahan polis

Pukul wanita ketika mabuk, 3 individu ditahan polis

Seorang wanita cedera dipukul 2 lelaki gara-gara menegur mereka ketika sedang mabuk dan membuat bising di Rumah Panjang Jinjang Utara, Ahad lalu.

Free Malaysia Today
Rakaman suspek dipukul oleh orang awam berdurasi 4 minit 6 saat itu tersebar di laman sosial. (Gambar Youtube)
KUALA LUMPUR:
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Rumah Panjang Jinjang Utara, Sentul, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata semua suspek berumur 32 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Jinjang pada 2 petang semalam.

Mereka direman sehingga esok untuk siasatan lanjut.

“Polis kini memburu 2 lagi lelaki berhubung kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.

Pada Isnin, media melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun cedera dipukul 2 lelaki gara-gara menegur mereka yang ketika itu sedang mabuk serta membuat bising di kawasan Jinjang Utara, kira-kira 6.30 petang.

Orang awam yang melihat mangsa dipukul kemudiannya mengejar dan memukul kedua-dua suspek.

Rakaman suspek dipukul oleh orang awam berdurasi 4 minit 6 saat itu tersebar di laman sosial.

Terdahulu, Mazlan menyaksikan majlis serah tugas di antara Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Supt Noor Azmi Yusoff yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang bertukar ke jabatan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.