PH akan gugur perkataan ‘1Malaysia’ daripada projek perumahan

PH akan gugur perkataan ‘1Malaysia’ daripada projek perumahan

Ia termasuk projek PR1MA menjadi mimpi ngeri kepada rakyat kerana ia gagal diselesaikan.

Free Malaysia Today
Zuraidah Kamaruddin berkata kerajaan komited untuk menyediakan rumah kepada rakyat khasnya bagi golongan B40. (Gambar Youtube)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahatir Mohamad sedia mempertimbangkan untuk menggugurkan perkataan “1Malaysia” melibatkan projek perumahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata ia termasuk penjenamaan semula nama projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menjadi mimpi ngeri kepada rakyat.

“Sememangnya dasar kerajaan PH untuk menjenamakan nama baru untuk semua projek baru yang dikendalikan kerajaan PH.

“Jadi kita faham perkataan 1Malaysia menjadi mimpi buruk kepada rakyat Malaysia dan memenangkan kita PH dalam pilihan raya lepas, jadi Insyallah mimpi buruk itu kita akan memperbaikinya, mencantikkan, menceriakan hidup rakyat,” katanya.

Zuraidah berkata demikian menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanya adakah kerajaan akan menjenamakan semula dengan membuang perkataan 1Malaysia termasuklah projek perumahan PR1MA kerana ia adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana isu perumahan rakyat itu gagal diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, Zuraidah berkata kerajaan komited untuk menyediakan rumah kepada rakyat khasnya bagi golongan B40.

“Kita mengharapkan agar KPKT menjadi satu entiti perumahan seluruh negara yang akan mengelolakan semua agensi ini agar kita dapat hasilkan projek perumahan awam yang boleh dimanfaatkan rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai projek perumahan PR1MA yang dicetuskan kerajaan terdahulu, Zuraidah menggesa kerajaan nageri khususnya memteri besar memberi kerjasama dengan menyediakan tanah untuk projek tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.