
Beliau berkata walaupun arahan dari pihak atasan menyatakan ahli parti itu bebas memilih sesiapa sahaja, namun menurut pemahamannya, pimpinan PAS mahu penyokongnya mengundi Umno.
“PAS tidak mewajibkan undi mana-mana parti dan beri kebebasan.
“Bila ada arahan nyata dan ada 2 pilihan bebas dan Umno, tetapi bebas tidak ada siapa sokong.
“Jadi secara jujur saya memahami arahan pimpinan, maknanya mendorong PAS undi Umno,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung tulisannya di Facebook semalam yang meminta agar ahli PAS mengundi Umno pada PRK DUN Sungai Kandis.
Nik Abduh berkata kemenangan di DUN Sungai Kandis boleh menambah kekuatan kepada pembangkang.
“Undi ini sebenarnya memberi isyarat supaya kerajaan baru ini ambil insiatif supaya jadi kerajaan lebih baik,” katanya.