Usul mansuh GST dibentang minggu depan

Usul mansuh GST dibentang minggu depan

Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong berkata langkah itu perlu diambil sebelum SST boleh dikuatkuasakan pada September depan.

Free Malaysia Today
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong.
KUALA LUMPUR:
Usul untuk memansuhkan undang-undang berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pembentangan rang undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka dibentangkan minggu depan, kata Menteri Undang-undang, Liew Vui Keong hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, beliau berkata langkah ini perlu dilakukan sebelum SST dikuatkuasa September depan.

Ketika ditanya tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), Liew berkata, terserah kepada Kementerian Dalam Negeri mengemukakan memorandum mengenainya.

“Mereka perlu kemukakan memorandumnya,” kata beliau, dan menambah bahawa pemansuhan akta berkenaan ‘tidak sukar’ kerana tidak melibatkan kewangan daripada Perbendaharaan seperti Akta Anti-berita Tidak Benar 2018.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan Sosma, sebuah undang-undang kontroversi diluluskan pada 2012 yang dilihat sebagai pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan beberapa bulan sebelum itu.

Ketika ditanya tentang pemansuhan undang-undang anti-berita tidak benar, Liew berkata pihaknya sedang menyiapkan usul untuk tujuan itu semasa sidang Parlimen berlangsung.

“Saya telah sediakan memorandumnya dan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

“Saya fikir ia selari dengan manifesto Pakatan Harapan, dan berdasarkan syor yang diterima setakat ini, akta itu akan dimansuhkan sepenuhnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.