CEO BIMB Holdings letak jawatan serta-merta

CEO BIMB Holdings letak jawatan serta-merta

Pengerusi BIMB Holdings, Ambrin Buang berkata lembaga pengarah BIMB Holdings dan Bank Islam menerima peletakan jawatan Khairul dan menyatakan penghargaan atas sumbangannya kepada institusi itu serta sektor perbankan Islam.

Free Malaysia Today
Syarikat perbankan itu berkata Khairul juga melepaskan jawatan sebagai CEO anak syarikat milik penuh BIMB Holdings, Bank Islam Malaysia Bhd.
KUALA LUMPUR:
BIMB Holdings Bhd mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khairul Kamarudin meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat perbankan itu berkata Khairul juga melepaskan jawatan sebagai CEO anak syarikat milik penuh BIMB Holdings, Bank Islam Malaysia Bhd.

“Lembaga pengarah BIMB Holdings memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah bagi memantau operasi harian BIMB Holdings,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi BIMB Holdings, Tan Sri Ambrin Buang berkata lembaga pengarah BIMB Holdings dan Bank Islam telah menerima peletakan jawatan Khairul dan menyatakan penghargaan ikhlas atas sumbangannya kepada kedua-dua institusi itu serta sektor perbankan Islam.

Beliau berkata lembaga pengarah turut memutuskan pelantikan Mohd Muazzam Mohamed sebagai pemangku CEO Bank Islam.

Mohd Muazzam, yang menyertai bank itu pada 11 Mei, 2015 sebagai ketua pegawai kewangan, mempunyai 22 tahun pengalaman dalam bidang audit, kewangan dan perundingan.

Beliau juga ialah anggota pelbagai jawatankuasa eksekutif di Bank Islam dan pengerusi beberapa jawatankuasa pelaksanaan projek.

Mohd Muazzam merupakan pengarah di lembaga pengarah beberapa syarikat dalam kumpulan BIMB Holdings dan Bank Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.