
Ketua pembangkang itu berkata, semua angka dan data boleh didapati di laman sesawang memandangkan sistem keterbukaan maklumat yang ada pada hari ini.
“Manifesto tidak seharusnya ditulis oleh seseorang sahaja kerana ia adalah pandangan organisasi apatah lagi organisasi politik.
“Jangan jadikan itu sebagai alasan, sebab semua angka boleh diperolehi dari laman sesawang dan boleh dilihat melalui sistem keterbukaan maklumat,” katanya.
Semalam, Wan Saiful Wan Jan mengakui sebahagian daripada janji dalam manifesto PH adalah bersifat populis dan terdapat sebahagian janji yang dibuat tanpa maklumat secukupnya.
Beliau yang juga penulis manifesto PH berkata pindaan terhadap manifesto PH wajar dilakukan memandangkan maklumat terkini dan data berkaitan ekonomi boleh diperolehi sejajar dengan perkembangan semasa.
Menjelaskan mengenai maklumat tidak mencukupi sewaktu lakukan draf manifesto, penasihat khas kepada menteri pendidikan itu berkata, maklumat yang tidak mencukupi melibatkan perkara dalam Teras 1 manifesto.
“Saya boleh sahkan ia adalah di Teras 1, yang lebih melibatkan isu ekonomi dan kewangan negara, Teras yang lain tidak ada masalah kerana kita boleh dapatkan bahan dari jurnal atau penulisan akademik lain.
“Kita tidak dapat data untuk tahu berapakah nilai jumlah hutang dalam kerajaan, kerana kita tidak boleh akses data berkenaan, bahkan tidak diberikan peluang untuk akses,” katanya.
Wan Saiful harap PH bercakap benar, ada manifesto tak dapat ditunaikan