Apa jadi sindiran ‘menteri pintu belakang’, MCA tanya Liew

Apa jadi sindiran ‘menteri pintu belakang’, MCA tanya Liew

Wee berkata terpulang kepada Liew untuk menerima jawatan timbalan menteri tetapi beliau perlulah menjelaskan kesudiannya mengikut 'pintu belakang'.

Free Malaysia Today
Datuk Seri Wee Ka Siong
PETALING JAYA:
MCA meminta Senator Liew Chin Tong menjelaskan kesudiannya menjadi timbalan menteri mengikut “pintu belakang”, sindiran yang pernah dilemparkan terhadap pemimpin Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Datuk Seri Wee Ka Siong berkata demikian selepas Liew mengangkat sumpah timbalan menteri pertahanan sejurus selepas mengangkat sumpah senator hari ini.

“Sebelum ini dia pernah mengejek wakil MCA. Terpulang kepada beliau untuk menjawab sebab dia sudah pilih jalan ini,” katanya hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Liew ketika Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon dilantik menjadi senator dan seterusnya timbalan menteri pendidikan II dalam pentadbiran lepas. Cong tidak bertanding pada pilihan raya umum 2013 sebelumnya.

Sementara itu, Wee mengucapkan Liew atas pelantikannya sebagai senator dan timbalan menteri.

Liew tewas ketika mencabar Wee di Parlimen Ayer Hitam pada pilihan raya Mei lepas. Beliau kecundang bersama-sama calon PAS, Mardi Marwan.

Waytha, Chin Tong and 3 other senators join Cabinet

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.