
Jurucakap kumpulan itu, Ahmad Taqiyuddin Shahriman meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memastikan undang-undang yang menyekat kebebasan akademik dimansuhkan atau dipinda.
“Kami mahu mengingatkan kembali semua janji yang dibuat di bawah 50 Janji dalam manifesto PH yang mahu memansuhkan segera Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan undang-undang yang serupa,” katanya.
Beliau berkata jawatankuasa tersebut hendaklah melibatkan kelompok berkepentingan yang relevan terutamanya pelajar.
“Kami menggesa kementerian melibatkan kami berhubung perkara ini, dan jika boleh, memasukkan kami ke dalam perbincangannya.”
Beliau menambah, pelantikan naib canselor dan ketua universiti awam tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan politik.
“Terdapat ramai lantikan politik dalam kalangan naib canselor dan rektor universiti. Amalan ini perlu dihentkan di bawah Malaysia baru,” katanya.
Beliau juga meminta Ahli Parlimen menyokong usaha mengukuhkan kebebasan akademik.