
Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan mendesak PH segera memastikan wakil mereka mengisytiharkan harta masing-masing secara terbuka kepada awam sekiranya mereka benar-benar jujur dalam agenda pembaharuan yang hendak dijalankan.
Baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menteri Kabinet, timbalan menteri, setiausaha politik dan pegawai kanan kerajaan mesti mengisytiharkan harta masing-masing kepadanya.
Beliau juga berkata, laporan harta itu akan diserahkan kepada agensi yang diamanahkan memerangi rasuah, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, mengalu-alukan langkah itu.
“Ini merupakan kenyataan mengecewakan yang datang daripada bekas tokoh pembangkang yang lantang dan presiden Amanah,” katanya merujuk kepada Mohamad Sabu.
Sivarajan berkata, PSM sebagai parti politik paling awal mengamalkan perisytiharan harta secara terbuka, “terganggu” dengan alasan kerajaan PH untuk tidak memastikan wakil rakyat mereka mengisytiharkan harta secara terbuka kepada awam.
“Prinsip kami ialah semua bakal calon pilihan raya, semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, malah Ahli Majlis kerajaan tempatan mesti mengisytiharkan harta mereka kepada awam.
“Setelah sekian lama rakyat menyaksikan bagaimana agensi kerajaan ini merosakkan kredibiliti masing-masing dengan tunduk kepada tuan politik mereka, maka apakah gunanya membuat perisytiharan harta kepada SPRM, satu lagi agensi kerajaan?,” katanya.
Beliau menegaskan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput mewakili PSM, Dr Michael Jeyakumar mengisytiharkan harta setiap tahun kepada awam sepanjang tempoh perkhidmatan beliau supaya orang ramai boleh memantau sebarang pengumpulan harta beliau.
Isytihar harta dalam 2 minggu, bukan 3 bulan, kata Jeyakumar
‘Pemimpin, wakil rakyat PH boleh isytihar harta selepas lulus kod etika’
C4 gesa peguam negara wajibkan pasangan menteri isytihar harta