
Ini selepas ibu bapa Pegawai Kadet Graduan J Soosaimanicckam menuntut penjelasan terperinci ke atas kematian anak mereka pada 19 Mei lalu.
“Saya memberi jaminan siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ akan dilakukan,” katanya Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menggesa ahli keluarga Soosaimanicckam bersabar dan berjanji tindakan tegas akan diambil jika terbukti ada pihak terbabit dalam salah laku sehingga menyebabkan kematiannya.
Soosaimanicckam mengadu sakit dada dan sesak nafas ketika berada di blok penginapannya selepas selesai menjalani latihan fizikal yang merupakan rutin harian pelatih pada 12.20 tengah hari.
Beliau kemudiannya dirawat di kem latihan KD Sultan Idris 1, tetapi disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut, pada 1.45 petang 19 Mei lalu.
TLDM berkata, latihan Soosaimanicckam diselia pelatih fizikal.
Semalam, peguam keluarga, N Surendran berkata timbul kemusykilan berhubung punca kematian Soosaimanicckam kerana laporan awal menyatakan beliau meninggal dunia akibat paru-paru berair sedangkan laporan perubatan sebelum menjalani latihan menunjukkan pemuda itu sangat sihat.
Beliau mendakwa kematian Soosaimanicckam, 27, mempunyai unsur jenayah berdasarkan dokumen dan bukti diperolehi anak guamnya.
Kematian kadet: Keluarga tuntut TLDM, polis jelas punca sebenar