
“Kita kena ‘follow rule of law’. Setahu kerajaan, India menyatakan mereka mempunyai kes terhadap pendakwah itu.
“Jadi, saya fikir apa yang perlu dilakukan ialah apabila kes itu dikemukakan, keputusan akan dibuat sama ada untuk menghantarnya pulang atau tidak,” katanya selepas melancarkan Projek Tambahan Kapasiti Pusat Bungkusan Bersepadu (IPC) di sini, hari ini.
Gobind berkata, perkara itu dibincangkan dan ditangani dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Zakir yang mempunyai taraf pemastautin tetap Malaysia, dilaporkan dikehendaki kerajaan India kerana dakwaan mempromosikan keganasan dan pengubahan wang haram.
Zakir mengucapkan terima kasih kepada Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarkannya berada di negara ini dan mengkaji kesnya daripada “perspektif tidak berat sebelah”.
Beliau berkata, keputusan itu mengukuhkan keyakinannya terhadap sistem keadilan dan keharmonian kaum di Malaysia serta ini adalah bukti kejayaan amalan kepelbagaian kaum di negara ini.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan menghantar pulang Zakir “selagi beliau tidak menimbulkan masalah di negara ini”.