
Perdana Menteri itu berkata, bukan mudah untuk lakukan keputusan kerana apabila sesuatu keputusan dibuat, dan dalam isu ini, nilai pasaran akan memberi reaksi negatif.
“Tetapi jika kami katakan bahawa kami menemui banyak salah laku, maka pelabur-pelabur akan berhenti untuk melabur dan sebagainya. Tetapi apa yang kami buat adalah untuk memastikan negara ini dari segi kewangan diurus dengan baik.
“Sebab itu kami perlu berhati-hati untuk berkata sesuatu. Untuk kerajaan Singapura, kami tidak berikan notis penuh lagi. Tetapi mereka tahu apa yang kami mahu lakukan,” katanya dalam sidang media di Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Semalam, Singapura melalui Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon dilaporkan berkata: “Sehingga kini, Singapura masih belum menerima jawapan balas daripada Kerajaan Malaysia.”
Khaw berkata, kenyataan dibuat menteri Malaysia dan perdana menteri – melalui pelbagai temubual media berhubung penamatan projek berkenaan, “tidak disusuli dengan sebarang komunikasi rasmi dengan kami.”
Republik itu pada 1 Jun, meminta kerajaan Malaysia, melalui saluran diplomatik, mengesahkan kedudukan Malaysia berhubung projek berkenaan.
Laporan itu menyebut, pada Jun, Singapura menanggung lebih daripada S$6 juta (RM17.8 juta) dan menjangka menanggung tambahan S$6 juta pada Julai.
“Kos ini akan meningkat dengan tinggi selaras masa. Dari Ogos hingga penghujung Disember, kami perlu membelanjakan sekurang-kurangnya S$40 juta atau lebih.
“Memandangkan kos yang kami tanggung akan menambah kepada keseluruhan jumlah pampasan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memaklumkan secara rasmi kedudukannya berkenaan projek HSR lebih awal, bagi meminimakan jumlah terbabit,” jelas Khaw.
Menteri pengangkutan turut menyuarakan pertimbangan itu kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali “sewaktu beliau menghubungi saya pada 6 Jun”.
Khaw berkata, Singapura sudah membelanjakan lebih daripada S$250 juta untuk projek berkenaan.