Shafie tak takut saman Musa berhubung jawatan ketua menteri

Shafie tak takut saman Musa berhubung jawatan ketua menteri

Ketua Menteri Sabah itu berkata sidang DUN sudah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli pembangkang.

Free Malaysia Today
Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal tidak bimbang tentang saman dikemukakan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman terhadap beliau dan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin ini (9 Julai).

Beliau enggan mengulas lanjut saman dikemukakan Musa itu yang memohon mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai ketua menteri yang sebenarnya dan bukannya Shafie, dengan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Saya tidak bimbang tentang perkara itu (saman mahkamah) kerana sidang DUN sudah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli pembangkang.

“Tetapi perlembagaan (Sabah) jelas menetapkan sekiranya seseorang itu tidak mendapat sokongan majoriti (Adun), beliau perlu melepaskan jawatan dipegangnya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyaksikan penyerahan surat pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, hari ini.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum ke-14 tetapi 2 hari kemudian Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas beberapa wakil rakyat di bawah Musa menukar taat setia mereka.

Musa fail writ saman terhadap Shafie berhubung jawatan ketua menteri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.